S H E R R A A Z I S
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Kau yang Terhebat
Wednesday, 26 October 2011 • 10/26/2011 09:52:00 pm • 0 comments


Di saat aku bertemumu , aku seakan bermimpi kerana kau betul-betul berada di hadapanku .
 Setelah sekian lama aku merindui saat itu akhirnya kau muncul juga di hadapanku 
dengan raut wajah yang masih tidak berubah dan masih aku kenali . 

Ya , kau adalah ayah ku . 

Tika aku mengucup tanganmu hati aku berkata bahawa aku amat merinduimu 
dan aku bersyukur saat ini aku masih dapat mengucup tangan mu . 
Jikalau kau bisa mendengar apa yang dibisikkan oleh hati aku pada waktu itu ..
 Barangkali pasti menitis airmata jantanmu . 

Lalu , aku berjalan seiring denganmu . Bersama-sama mencari apa yang aku ingin cari .
 Di saat aku mengorak langkah bersamamu , di saat kau melambai-lambaikan tanganmu kepadaku , hati ini ingin sekali kau berada di sampingku untuk selama-lamanya .
 Dan bukan pergi ke haluan masing-masing .. 

Ya , aku tahu aku tak patut berharap untuk kau kembali semula namun hati kecil ini tidak mampu untuk hidup tanpa kau . Kau adalah segala-galanya buatku . Buat kami . Jiwa ini tak akan lengkap tanpa kau . 
Percayalah , jauh di sudut hati aku , aku amat menyayangimu . 
Walaupun tiada ungkapan sayang yang pernah aku luahkan untuk kau , namun hati ini seringkali merindui kau . Jiwa ini kosong tanpa kau . 

Sejak kau pergi dari hidup aku , hidup kami , banyak kenangan yang kita cipta bersama tidak pernah aku lupa . Kau terlalu istimewa buat aku , buat kami . 
Walau sejahat mana pun kau , kau adalah ayah yang terhebat buat aku . Buat kami .
 Tiada pengganti yang dapat menggantikan tempat kau, wahai ayah yang aku kasihi . 
Mulut ku sentiasa menyebut namamu , mataku sering melihat gambarmu , hatiku sentiasa merinduimu . Adakah kau juga seperti aku ?

 Tika aku menaip warkah ini , air mata ku tidak berhenti mengalir di pipiku .. 
Dan andai kau dapat baca warkah ini , aku mahu kau tahu bahawa aku sangat sayangkan kau .
 Kau adalah ayah yang terbaik buat aku dan juga buat kami . 
Terima kasih atas segala-gala yang telah kau berikan untuk aku , untuk kami . 
Aku akan tunggu kepulangan kau .
Sehingga nafas terakhirku ..

Lots of Love ♥
Shahirah Sherra


p/s : I miss you ..





Thanks For Reading ♥



Labels:



PASTFUTURE
MY WORDS;
Sherra Azis. 21. Ulat buku Fixi & Kaffein tegar. Bekas pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi.

GIVE ME YOUR WORDS;


OTHERS;


>> Updated.
date : NOW
at:13:35 pm


>> Dapat blogskin baru.Yeay!
date : 26/3/13
at:9:27 am


>> Fuyoo, kak ira ada blog. Haha
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • I Love You, Dad :(
  • Sorry . I'm Not Strong Enough :(
  • Such A Liar!
  • Deep Inside My Heart
  • Love Letter For You
  • Kebahagiaan adalah Segala-galanya dalam Hidup
  • Jauh di Sudut Hati
  • Cinta yang Terakhir~
  • Pemergianmu~