S H E R R A A Z I S
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Kebahagiaan adalah Segala-galanya dalam Hidup
Thursday, 14 July 2011 • 7/14/2011 09:40:00 pm • 0 comments

Ada kala kita tersepit dengan masalah hidup yang kian mengejar kita dan menjadi beban buat diri kita. Tetapi kita harus ingat bahawa sesuatu perkara terjadi adalah disebabkan ketentuan dari Allah . 
Semua dugaan datang dariNya . Dan kita sebagai hamba hanya mampu berserah kepadaNya . 
Kerana dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya . Sesungguhnya dia Maha Mengetahui di sebalik kesusahan yang dialami oleh hamba-hambanya yang lemah . 
Kita hanya mampu bersujud dan menadah tangan kepadaNya agar dapat dikurangkan beban hidup dan belajar untuk bersabar dan tidak pernah mengenal erti putus asa . 
Kebahagiaan dalam kehidupan adalah pemberian yang dikurniakan oleh Allah . 
Tak semua manusia di muka bumi mendapat kebahagiaan yang secukupnya . Ada kalanya dibiarkan terpinggir dan menjalani kehidupan seorang diri tanpa sesiapa pun di sisi . 
Hidupnya terumbang-ambing bagai ombak memukul pantai . Namun Allah masih memberinya peluang untuk hidup di muka bumi ini dan mencari di manakah terletaknya kebahagiaan tersebut . 
Tetapi masih ada lagi manusia yang tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah telah bagi dalam hidup kita . Malah , ada yang sanggup melupakan asal-usul diri mereka semata-mata ingin
mengejar harta dunia yang sementara ini . Ingatlah wahai para sahabatku , bahawa hidup ni cuma sementara . Tiada yang kekal melainkan di syurga Allah . Sesungguhnya Sherra merasa bersyukur kerana masih diberikan nyawa dan udara agar Sherra dapat bernafas lagi . Kerana Sherra takut akan kematian .
Walaupun hidup Sherra tak sempurna seperti hidup orang lain namun Sherra tetap bersyukur dengan apa yang ada di depan mata Sherra .
 Sherra masih ada seorang ibu yang sentiasa menjaga Sherra , adik-beradik Sherra yang sentiasa sokong Sherra dari belakang . Mereka segala-galanya buat Sherra . Sherra akui , Sherra masih ada seorang ayah . Tetapi kini , seorang insan yang Sherra gelar ayah hilang di depan mata Sherra sewaktu Sherra memerlukannya . Sherra akur dengan segala keputusan dan juga takdir yang menimpa keluarga Sherra . Sherra tahu ini semua dugaan dari Allah .
 Sherra kena kuat dan teruskan berjuang sehingga ke garisan penamat . Walaupun kebahagiaan adalah segala-galanya dalam hidup Sherra , namun ada suatu perkara yang buat Sherra sedar . Walau di mana saja Sherra berada , Allah tetap ada di sisi Sherra . 
Hanya itu yang mampu buat Sherra terus berdiri dan melangkah ke pintu kebahagiaan . Insyaallah . 

Lots of Love 
Shahirah Sherra 




Thanks For Reading ♥


Labels:



PASTFUTURE
MY WORDS;
Sherra Azis. 21. Ulat buku Fixi & Kaffein tegar. Bekas pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi.

GIVE ME YOUR WORDS;


OTHERS;


>> Updated.
date : NOW
at:13:35 pm


>> Dapat blogskin baru.Yeay!
date : 26/3/13
at:9:27 am


>> Fuyoo, kak ira ada blog. Haha
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Jauh di Sudut Hati
  • Cinta yang Terakhir~
  • Pemergianmu~