S H E R R A A Z I S
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Kecewa
Thursday, 22 March 2012 • 3/22/2012 02:26:00 pm • 2 comments
Malam ni aku bahagia . Senyuman telah  menemani aku . Aku bisa tersenyum dan tertawa semula . Namun tak lama . Di sebalik perasaan itu terselit perasaan duka . Aku mendongak ke langit . Termenung sendirian . arkam Ditemani cahaya lampu yang samar-samar . Seolah-olah memancarkan kesedihan yang terpalit di wajah aku . Aku masih di dalam kegelapan . Tiba-tiba hati ini teringat akan kau . Dan memikirkan apa salahku . Apa silapku . Kau semakin jauh dari diri ini . Aku tak mengerti apa yang terpahat di lubuk hati kau yang kecil itu . Apa yang telah kau bisikkan sehingga kau seolah-olah menghindarkan diri dari aku . Aku tetap manusia . Baik buruk aku, aku masih manusia . Dan tak sempurna di mata sesiapa . Aku bukan malaikat yang suci dari dosa . Aku hanya manusia yang khilaf . Tapi kau seperti tak menghargai aku . Apa bedanya aku dengan orang di sekeliling kau ? Aku sedar . Aku cuma manusia yang hina . Aku banyak kekurangan berbanding kelebihan . Aku tidak mempunyai harta setinggi gunung . Aku hanya ada maruah . Aku cuma nak dihargai dan bukannya disakiti . Aku akui . Hati aku sememangnya rapuh . Tak kental seperti hati kau . Tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk menjadi yang terbaik demi kau . Demi orang yang aku sayang . Tak salah kan ? Sedih bila diperlakukan sebegini rupa . Seolah-olah aku tidak punya perasaan . Mana perginya kata-kata sayang yang kau ucapkan dulu ? Yang aku damba . Mana ? Segala-galanya hilang . Lenyap dibawa angin . Kecewa ku terhadap dirimu . Kian terasa . Kini aku sendiri . Melayani sepi di hati . Pilu hati ini . Pabila kau mula pergi . Meninggalkan aku di sini . Pergilah sayang . Jikalau ini jalan yang terbaik  untuk kau . Tangisan ini akan bersama-sama mengiringi pemergian kau. Pergilah . Jangan kembali lagi . 

Labels:



PASTFUTURE
MY WORDS;
Sherra Azis. 21. Ulat buku Fixi & Kaffein tegar. Bekas pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi.

GIVE ME YOUR WORDS;


OTHERS;


>> Updated.
date : NOW
at:13:35 pm


>> Dapat blogskin baru.Yeay!
date : 26/3/13
at:9:27 am


>> Fuyoo, kak ira ada blog. Haha
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Serpihan Hati
  • Surat Buat Awak
  • Perih Hati Ini
  • Perpisahan
  • Entri Kosong
  • Hanya Kamu
  • Kau Pendusta
  • Maaf . Maaf dan Maaf
  • Wordless
  • Rintihan Hati Ini