S H E R R A A Z I S
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Terkilan
Wednesday, 30 May 2012 • 5/30/2012 10:26:00 am • 0 comments
Sudah lama aku cuba untuk mengekalkan persahabatan ini . Sudah jenuh aku cuba untuk mempertahankan sayang ini . Tapi sia-sia yang aku rasakan . Kau mulai beralih arah . Ya . Aku dapat rasakan semua itu . Kau sememangnya tidak seperti dulu . Aku merenung wajah kau di skrin telefon . Yang senantiasa menjadi peneman di kala aku kesedihan . Berharap kau akan merindui aku sepertimana yang aku rasa . Tapi sangkaan aku meleset sama sekali . Kau bukan sepertimana yang aku harapkan . Pabila aku melihat kebahagiaan kau bersamanya dan cara kau mengungkapkan kata sayang terhadapnya, aku mulai terkilan . Aku dapat rasa keikhlasan dari hati kau sewaktu kau mengucapkannya . Sedangkan dengan aku, aku hanya dapat merasa kekosongan . Sungguh . Tidak pernah aku merasa sebegini perit . Sakit . Tapi aku masih mahu tersenyum . Dan berpura pura di hadapan kau . Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku . Namun dalam hati aku pendam segalanya . Tersimpan rapi . Dan pada saat ini, aku pejamkan mata . Mengingati wajah mulus kau . Senyuman yang terukir indah di bibir kau . Tanpa aku sedari, airmata mula mengalir di pipi . Aku masih tersenyum . Tenang melihat kau . Dalam hati aku berkata , 'Sungguh pun kau tidak mampu untuk merasa perasaan ini, kehadiran kau sudah cukup membahagiakan aku . Terima kasih atas persahabatan ini . Kau begitu istimewa bagi aku . Dulu, kini dan selamanya.'

Love,
Me .




Labels:



PASTFUTURE
MY WORDS;
Sherra Azis. 21. Ulat buku Fixi & Kaffein tegar. Bekas pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi.

GIVE ME YOUR WORDS;


OTHERS;


>> Updated.
date : NOW
at:13:35 pm


>> Dapat blogskin baru.Yeay!
date : 26/3/13
at:9:27 am


>> Fuyoo, kak ira ada blog. Haha
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Langit
  • Angin
  • Kehidupan
  • Sayang
  • I Miss You
  • Hati
  • Senyum
  • Jiwa Sampah
  • Perasaan
  • Jangan Pergi